Sunday, April 29, 2012

Selamat Pengantin Baru

Okay semalam 29th April Syada pegi kenduri kakak-kakak Wahyu. Kakak-kakak? Ya lah. Haha. Actually dua-dua kakak Wahyu kahwin serentak. See..


Comey kan? Kan? Hewhew.


Sorrylah gambar sikit ja. Malas nak upload. Hewhew. K itu saja. Apa-apa pun Syada doakan Kak Tuty and Kak Ina berbahagia dan selamat menjalani kehidupan baru. Cepat-cepat dapat baby ya. Amin. 

p/s: Masa pegi kenduri semalam family Wahyu usik "Ha,hampa bila lagi?" (they meant both of us). Mmmm bila-bila pon boleh. Tapi Wahyu tak sedia lagi pun RM15000, macam mana nak kahwin? Hahaha :)

Wednesday, April 25, 2012

Matrics


Tahniah! Anda telah ditawarkan ke Program Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia
NamaSITI NURSYUHADA BINTI ISMAIL
No Kad Pengenalan94021707****5354
No MatrikMA1213514410 
Program PengajianPROGRAM SATU TAHUN
KursusM003-PERAKAUNAN
Nama KolejKOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG-KMPP 
Tarikh Mendaftar28 MEI 2012


Alhamdullilah Ya Rab. I still can't believe that I've been offered to Matrics cuz I did'nt expect it at all. I told Baba and he's so happy even though he's now at Indonesia. Anyway,if i did'nt get the UPU, of course my choice is going to Matrics. InsyaAllah :)

Monday, April 2, 2012

Sawasdikap China

FINALLY, AFTER TWO WEEKS, NOW I BARU UPDATE THIS. SORRY GUYS
:(

25th of March 
 Malam pukul 8.30 naik bas from Penang to LCCT. Sampai LCCT lebih kurang pukul 3.30 pagi, 26th of March. Nganga sat sebab flight pukul 8.50 pagi. Ni dia flight I, D7 312


Flight 6 hours. Kira masa ni I punya excited la, sampai tak kisah duduk lama-lama dalam flight. Muehehe. Sampai Tianjin Airport dalam pukul 2.30. And then naik bas lagiiii dua jam straight to Beijing -_-

Sebelum sampai hotel kami pegi makan kat ni diaaaaa


Sedap? Hmm tak sangat pun. Muehehe. After that, disebabkan kejar masa, kami terus pegi tengok persembahan akrobatik. Hebat tau tak show depa. Dengan liuk badan semua. Ish. Jealous I tengok.


Show tu sejam je pun. So lepas tu kami pun balik check-in hotel. This is our hotel. 4 stars gitu tapi nampak macam hotel bajet kat area Penang kan. Haha. Sampai ja kat hotel dalam jam 9 malam apa lagi gua teruih Zzz la. Anyway, suhu sana dalam 7-9 degree celcius. So memang sejukkk sangat. Walaupun cuaca panas, tapi sejuk.



27th of March

Pagi-pagi dah ada wake up call pukul 6.00. So semua orang kena bersiap and breakfast kat hotel. Pukul 8.00 kami terus naik bas and straight pegi Dataran Ten Men


Dataran Ten Men ni merupakan tempat persidangan antara duta-duta politik masyarakat setempat dan juga negara-negara luar. Dataran ni jugak ada bangunan-bangunan jabatan penting macam Jabatan Polis and etc.


Right next to dataran tu ada Kota Larangan yang famous tu.



After that kitorang pi kilang sutera. Ni dia kepompong ulat sutera. I pun beli jugak something kat sini: Cheongsam! A red one and it made of 100% silk at price 270 yuan. Zz -,-



Lepas penat jejalan perut pon of course lapaq kan? So kami makan kat restoran ni


 Sedap? Em bolehlah :D
You know what, selalu kalau kami jejalan mesti ja ada penjual-penjual jalanan mengekoq kami ke mana ja. Masa naik bas pun depa asyik dok promote barang depa. See....


Okay lepas makan kami pi Pearl Centre puloks. Ya Allah, cantik-cantik pearl jewellery depa. Siap ada krim mutiara lagi tau uols. I nak beli tapi mahal sangat, lagipun kalau habis takkan nak pi china semata-mata nak beli krim tu kan? Okay miss kat bawah ni dok bagi info about pearl



Those pearls are so STUNNING! And I bought a set of earings, brecellet and necklace only at 200 yuan. 
Okay after that kitorang pegi Summer Palace. Tempat ni merupakan destinasi holiday maharaja setiap kali musim panas.



Okay lepas jejalan kami di bawa ke kedai ubat tradisional cina. Yang bestnya dapat urut kaki freeeee! Apek yang urut kaki pun manyak yang hensyem hensyem tapi sayang, muka macam tak mandi ja. Muehehe!



Selepas di urut, semua orang balik hostel beristirehat.

28th of March
Pagi-pagi routine macam semalam, bangun and breakfast. Plan today: GREAT WALL. Tapi sebelum tu kami dibawa ke Istana Crystal and kilang jade. I tak beli apa pun cuz cukup-cukup la nak goda aku kan? Kang londeh habis semua seluaq -,- Lepas tu, apa lagi MAKAN TIME! PERLU makan sebab after that nak pegi climb Great Wall. Hehew.


Part ni yang best, GREAT WALL! Cantik gila view wa cakap sama lu :3






Brader, penat oh naik tangga nii. Rasa macam jantung nak terkeluaq. Tengok tu, dalam dok penat sempat lagi posing. Gegehs sangat kannnn -,-


Ni diaaaa. Nama I terukir di Great Wall tau P/s: YANG SYADA LAVENDER TU :3




Yang dibawah ni kan kan, yang pakai jaket kaler biru tu tour guide kami. Nama dia Mr. Andika. He's one of the local people and he can speak Malay! Andika belajar cakap BM kat salah satu institute kat sana. Hebat kan? Tapi kebanyakkan tour guide sana fasih bahasa Indonesia berbanding BM.


Lepas penat naik Great Wall semua orang penat and lapar. So lepas makan kami terus balik hotel and Kroh Kroh.

29th of March
Pagi macam biasa. Yang pasti tiap-tiap hari breakfast yang sama :( Tak syok langsung asyik-asyik makan salad dengan telur rebus and coffee. Menu depa tak sedap langsung and SCARY nak makan. Hoho. Okay lepas breakfast terus pegi chinese tea house. Amoi-amoi ni dok promote teh depa. Sory k I tak beli. Teh depa mahai sangat, baik minum teh tarik lagiii sodap. FYI, orang China minum teh tak letak gula. So sangat yuck bila minum kosong macam tu ja. That's why body,kulit orang China lawo. *K I jealous


After that kitorang pi Bird's Nest Stadium. Tak masuk ponn act cuma snap pics saja. Hehe


One of the mosque in Beijing. So unique and rasa tenang bila tengok.



K then Andika bawak kami pi Jade Centre. Lepas tu lunch and shopping!


Shopping kat sana ni susah. If we just want to know the price, they will tell and unfortunately force us to buy it. Boleh sesak napaih tau masa berjual beli dengan depa. Haritu I nak beli satu baju ni. You know what? Harga dia sampai 200 Yuan. Eh,gila babi ke kau sampai nak letak harga macam tu. Then I dengan Kak Aisyah buat kering ja mintak 35 Yuan. Sales girl tu dia marah and letak harga 80 Yuan. Kalau kita nak tawar-menawar kat sana, kita kena tekan calculator, taip harga berapa kita mau. Dekat 10minit jugak la kami mintak 35 Yuan. Last-last kami malas nak layan,kami nak buat-buat blah. Tup tup dia kasi jugak harga yang kami nak. Begitu jugak dengan kedai seterusnya. Seriously depa meniaga ganas gila. Harap muka ja comei -,-


Okay lepas shopping pegi tengok KUNG PU SHOW. I tak tengok, sebab tak minat. So duduk jelah dalam bas dengan makcik-makcik lain yang taknak tengok. Haha. Malam tu menu yang kami makan sedappp sangat. Almaklumlah, last dinner. Malam tu semua orang dinasihatkan supaya packing barang memasing. Penat gila malam tu.

30th of April
Pagi-pagi I dah bangun sebab roommate I buat bising. Tau tak dia buat apa? Dia bagi kering kasut yang dia basuh guna hairdryer. Omaigod, lepas tu karpet bilik hangus. Hangus macam mana? Hangus ikut line tapak kasut dia. I pun malas la nak ambik tau, and terus turun bawah bawak luggage bag semua. Masa nak naik bas tu hotel management panggil kami dua orang. Tanya sapa yang buat tapak kaki hangus kat karpet tu. Andika dah pesan, jangan bikin rosak barang-barang hotel, nanti kena compound mahal. Budak tu taknak mengaku so Andika suruh hotel siasat, sebab kami dah takdak masa. Geram jugak la bila dia buat salah tapi takmau mengaku. MELUAT. Lepas check out sempat jugak lah nak bergambar. Muehehe


Look, I snapped picture with one of the salers. Muahaha. I totally miss her cuz everytime keluar je hotel, muka dia lah yang terpacak dulu. Best words ever from her iz "Mulah, mulah, beli." She means "Murah, murah, belilah" something like that lah. haha :)


Okay sebelum pegi Tiangjin Airport, Andika bawa kami ke satu gedung untuk shopping for the last time. I beli iPod dengan leopard print scarf ja. After that, dua jam trip from Beijing to Tiangjin. MasyaAllah, masa turun-turun bas tu berangin gila. Sejukkkkkk sangat :S


Itulah suasana airport diorang, tak menarik sangat pun.

Gambar tambahan: Don't forget to eat the blueberrys. Hihi


Okay I'm in ze flight. So long China. Will never meet you. Haha. See my excited face, happy nak balik Malaysia. Sho sho excited cuz I hate chinesse food. Haha. And craving macam-macam. 


 And that sunnies I left it in the plane. Haihhh :( Nasib baik ada lagi satu.

Betul cakap orang tua-tua "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik di negeri sendiri" Seminggu tak makan sambal belacan boleh naik gilo I tau uols. Hehe. Baru I rasa macam mana beza di negara orang and negara sendiri. Apa-apa pun, best experience ever :)

THE END

Thursday, March 22, 2012

Tudia tudia


Nampak macam hebat kan? Anyway resault tak gempak pun. Sedang-sedang A nya. Tapi kami bersyukur. Syada dapat berapa? Hmmm nak tau mai tanya sendiri. Hahahuha! Macam tak percaya main-main pun boleh dapat A. Seriously. Alhamdulillah Ya Rab :)



Tengok ni, sebelum ambik resault dan lagi berposing. Gegehs sangat kan -,-


InsyaAllah lepas ni Syada nak sambung ambik Law. Harap-harap ada rezeki and tercapai impian. Amin. 

Sunday, March 18, 2012

The Girls.





Ini kakak cun kitah nama dia Syereen. Kalau usha depan-depan sebijik macam Liyana Jasmay. Aiceh :D


Ni Kakak yang bakal bertunang ini 1 April. Fiza nama dia. Semalam jejalan tinjau-tinjau barang-barang yang nak dibuat hantaran dekat  sini haaa..


A tu Z Wedding House.Seriously barang-barang dia banyak yang out to date :/ So kami tak jadi beli. Hehew.



Semestinya budak baju pink tu nak bergambar jugak. Penyibuk -_- 


Ada lagi sorang girl girl nama dia Nabila. Tapi pemalu, takmau snap gambaq. Almaklum, artis la kata kan. Hehehe.

Tak sabaq nak tunggu 1 April ni nak tengok Kak Fiza kitah bertunang :)

Thursday, March 8, 2012

Twit Twit.



Hey, just came back home from the pet shop at Bukit Mertajam and bought this burung nuri. Cute right? :3 The blue one I named him Bobo while the other one is Momo. BoboMomo. 

They heart their new home. And look, they're making love scene. Awww.

Saturday, March 3, 2012

Can't wait any longer!


Thip upcoming 25th March I'll be going to China for a holiday trip. Its a gift from my dad for my eighteen birthday. Well baba, thank you. *mmm why not Rome, dad? :p
Seriously I can't bear to wait and everyday asyik dok try pakai jaket sejuk yang baru beli hari tu depan cermin ja. Gedik kan? Haha.
Now in Beijing it's the beginning of spring and the weather is cold - 11 degree celcius. Places that I'll visit is the Great Wall, of course, opera apa taktau baba cakap hari tu and selebihnya tak ingat. The end :D

Baba cakap lagi nanti dia nak kasi duit - habuan untuk shopping. Shopping? Woahoooo.. I love it! Time, make your ass moves fast please :(